Sukan

Miliki pengalaman di Vietnam, bintang JDT jadi ‘ejen’ Harimau Malaya

TONGGAK tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos tekad memanfaatkan pengalaman beraksi di Liga Vietnam untuk membantu pasukan kebangsaan memperoleh keputusan positif menentang Golden Star Warriors itu dalam perlawanan Kelayakan Pusingan Ketiga Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Endrick, yang kini dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada pasukan Ho Chi Minh City dalam Liga-V 1 musim 2024/2025 berkata, dia bekerjasama erat dengan kejurulatihan untuk memberi idea dan input taktikal yang boleh membantu Malaysia mencipta kemenangan ke atas Vietnam, sesuatu yang tidak pernah dicapai sejak 2014.

Malaysia masih belum berjaya menewaskan Vietnam dalam beberapa pertemuan terakhir, namun Endrick percaya keadaan kali ini berbeza, bukan sekadar kerana kelebihan beraksi di laman sendiri, tetapi juga hasil persiapan rapi dan semangat kesatuan dalam pasukan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh