Sukan

MFL sahkan Piala Sumbangsih batal, JDT peroleh kemenangan 3-0

BADAN penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi Piala Sumbangsih dan perlawanan pertama Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Selangor FC yang dijadualkan pada 10 Mei di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dibatalkan.

Dalam kenyataan mereka, MFL mengesahkan aksi yang juga merupakan perlawanan pertama Liga Super melibatkan kedua-dua kelab berakhir dengan kemenangan 3-0 kepada JDT selepas Selangor melakukan walkover.

MFL turut mengesahkan beberapa perkara lain berkaitan penarikan diri Selangor daripada perlawanan itu akan dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk tindakan selanjutnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.