SORAKAN puluhan ribu penyokong di Estadio Guadalajara nyata menjadi pembakar semangat buat Mexico apabila tuan rumah bersama itu muncul sebagai pasukan pertama mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026.
Skuad El Tri mengungguli saingan Kumpulan A selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Estadio Guadalajara, Zapopan, awal pagi Jumaat.
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-50 menerusi Luis Romo yang pantas mengambil kesempatan atas kesilapan penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu, yang gagal menangkap hantaran lintang sebelum bola disambar mudah ake dalam gawang kosong.





