WAKIL negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kemenangan pertama apabila menewaskan kelab China, Shanghai Shenhua FC 3-0 pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25, pada 1 Oktober lalu.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu skuad Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio selesa mendahului menerusi jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-11.
Sebelum Jorge Leonardo Obregon Rojas berjaya menanduk masuk bola ke gawang pasukan pelawat pada minit ke-26 menjadikan kedudukan 2-0.





