NASIB dialami Selangor FC kebelakangan ini menerima respons positif daripada penyokong bola sepak tanah air selepas kelab itu berdepan hukuman daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Berdasarkan kenyataan MFL, skuad Gergasi Merah dikenakan beberapa siri denda berikutan keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Mei lalu.
Meskipun hukuman dikenakan sudah diringankan, pelbagai pihak masih berasa tindakan MFL itu tidak wajar kerana Selangor FC hanya berbuat demikian selepas pemainnya, Faisal Halim mengalami serangan asid.