Sukan

Media Indonesia dakwa Harimau Malaya digantung FIFA sehingga 2027 gara-gara isu pemain warisan

KEHADIRAN pemain warisan baharu ke skuad kebangsaan memberi impak positif kepada Harimau Malaya selepas kini Malaysia memimpin Kumpulan F dengan memungut enam mata penuh hasil mencatat kemenangan dalam dua perlawanan awal kempen kelayakan ini.

Kemenangan itu hasil dari ketibaan empat pemain baharu iaitu Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado, manakala Hector Hevel dan Gabriel Palmero memperkuatkan pasukan sejak Mac lepas.

Bagaimanapun, kehadiran enam pemain warisan itu mendapat kritikan daripada penyokong luar negara sehingga ada yang mendakwa semua tonggak berkenaan tidak mempunyai susur galur dengan tanah air.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh