PASANGAN beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah bermula gagah di Masters China apabila mereka mara ke pusingan kedua pada Rabu.
Beregu nombor enam dunia itu menumbangkan pasangan beregu wanita baharu China, Ding Keyun-Wang Yiduo 21-16, 21-14 pada pusingan pembukaan di Gimnasium Shenzhen dekat Shenzhen, China.
Pearly-Thinaah berkemungkinan menentang pemain Taiwan, Hsu Yin-hui-Lin Jhih-yun atau pasangan beregu dari Jepun, Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto dari Jepun pada pusingan kedua.