PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu dokumen lengkap keputusan penghakiman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu penggantungan tujuh pemain naturalisasi negara.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, proses rayuan hanya dapat dimulakan selepas pihaknya menerima dokumen rasmi tersebut sepenuhnya daripada FIFA.
Menurut beliau, pasukan guaman FAM telah bersedia untuk mengambil langkah susulan sebaik dokumen itu diterima bagi memastikan rayuan dapat dikemukakan dengan teratur, lengkap serta disokong bukti kukuh.
BACA LAGI: Skandal bintang warisan beri kesan ekosistem bola sepak negara, FAM harus bertanggungjawab — PBMM





