BARISAN pertahanan Real Madrid musim ini sememangnya mengecewakan kerana melihat kepada lima perlawanan terakhir, gergasi bola sepak Sepanyol itu hanya merekodkan satu ‘clean sheet’.
Meskipun masih memegang rekod jumlah gol dibolosi paling sedikit dalam kempen La Liga, isu berkenaan membuatkan skuad Los Blancos tercicir mata dalam tiga perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri.
Jadi, tumpuan sudah tentu diberikan pengurus, Carlo Ancelotti dan pihak pengurusan kelab yang mahu menyelesaikan masalah kegoyahan benteng pertahanan pada jendela perpindahan akan datang.







