SAINGAN Liga A1 Semi Pro bakal menyaksikan sebanyak 16 pasukan berentap untuk merebut kejuaraan daripada Imigresen FC yang muncul sebagai pemenang musim lalu.
Jadi, dalam misi merealisasikan impian itu, hampir kesemua kelab bertanding mengambil keputusan membawa masuk pemain berpengalaman yang diharapkan dapat memberikan tunjuk ajar kepada ‘ubi muda’.
Antara pasukan yang berbuat demikian ialah YPM FC yang baru-baru ini mengumumkan bekas tonggak Harimau Malaya, Azamuddin Akil akan dikekalkan khidmatnya musim akan datang.