PELUMBA JDT Racing Team, Hafizh Syahrin menikmati kejayaan sulungnya sebagai pelumba pasukan tersebut apabila memenangi perlumbaan Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) yang diadakan di Litar Antarabangsa Zhuhai di China.
Walaupun mengalami masalah brek, tetapi Hafizh berjaya menghasilkan persembahan cemerlang dengan memperoleh catatan masa selama 20:24.461.
Selain Hafizh, kedudukan podium turut dikuasai seorang lagi pelumba negara iaitu Azlan Shah Kamaruzaman dari TKKR Racing Team dengan menduduki tangga ketiga dengan catatan masa 20:27.603.





