PENGENDALI sementara Kelantan Darul Naim FC (KDN), Rezal Zambry Yahya resah memikirkan masa depannya yang tidak menentu menjelang musim depan.
Selepas mengharungi musim penuh kekecewaan bersama Sang Kijang Emas, Rezal sedang mengira-gira langkah seterusnya harus diambil bagi meneruskan karier kejurulatihannya.
Berdepan dengan cabaran kelab lebih gemar mengambil pengendali luar, Rezal mencorak strategik untuk membaiki kualitinya sebagai pengendali.