PENYERANG Manchester United, Anthony Martial mengesahkan akan meninggalkan kelab tersebut selepas sembilan tahun beraksi.
Pemain Perancis berusia 28 itu sempat mengucapkan selamat tinggal dalam hantaran di media sosialnya pada Isnin.
“Dengan penuh emosi saya menulis kepada anda hari ini (Isnin) untuk mengucapkan selamat tinggal. Selepas sembilan tahun yang menakjubkan di kelab, tiba masanya untuk saya membuka babak baharu dalam karier saya,” tulisnya.