Sukan

Marlon Alex James antara 3 pencetak gol berbisa di bawah telunjuk Allahyarham Azraai Khor

HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pepatah Melayu itu tepat ditujukan kepada legenda jurulatih tanah air, Mohd Azraai Khor Abdullah yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis.

Anak Allahyarham, Firdaus Zainuddin memaklumkan di laman Facebook bahawa Azraai Khor dikejarkan ke hospital kerana diserang strok sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar Kedah.

Nama Azraai Khor pasti akan kekal terpahat dalam sejarah Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila tempohnya bersama Allahyarham mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan tempatan meraih kejuaraan ‘double treble’ bagi musim 2006/2007 dan 2007/2008.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh