Sukan

Mara ke suku akhir Sukan Asia lepas singkirkan juara dunia, Zii Jia akui pengalaman bantu jadi lebih matang  

PERSEORANGAN lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang pada Rabu.

Pemain di ranking ke-16 dunia itu yang mendapat sokongan padu penyokong, mengetepikan Kunvalut 10-21, 21-19, 21-6 untuk menempah tempat di suku akhir, selepas tidak berjaya melakukannya pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang.

Tewas pada 10-21 di set pertama, pemain negara berusia 25 tahun itu bangkit memenangi set kedua dengan 21-19 sebelum menguasai set penentuan 21-6.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.