HARAPAN skuad kebangsaan membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada aksi ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tidak kesampaian apabila tewas kepada Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos pada Jumaat.
Kekalahan 0-2 yang dialami Harimau Malaya boleh dikatakan berpunca akibat gaya permainan mengecewakan dengan anak-anak buah Kim Pan-gon kerap mensia-siakan peluang.
Bagaimanapun, tercetus kontroversi memasuki minit ke-80 permainan apabila pengadil membatalkan gol negara selepas pemain gantian, Paulo Josue dikatakan berada di kedudukan ofsaid.






