MANCHESTER United memilih detik terbaik untuk menyelamatkan musim buruk mereka apabila mengejutkan Manchester City 2-1, sekali gus menjulang Piala FA buat kali pertama sejak 2016 di Stadium Wembley pada 26 Mei lalu.
Kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu membolehkan The Red Devils turut menempah tiket ke Liga Europa musim depan selepas sekadar menamatkan kempen liga di tangga kelapan.
Bagaimanapun, di kala gembira meraih kemenangan tersebut, pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe mendedahkan bahawa pengurus pasukan baharu kelab itu perlu mematuhi peraturan yang ketat sekiranya mahu mengendalikan Man United.