LIVERPOOL kini menjadi kelab terbaru menyertai perlumbaan mendapatkan penyerang Napoli, Victor Osimhen dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan sedang berbincang mengenai perjanjian pertukaran pemain dengan The Reds.
Walaupun berjaya menjuarai EPL musim lalu, Liverpool tidak berdiam diri dan terus aktif dalam jendela perpindahan musim panas apabila pengurus Arne Slot membawa masuk bek kanan antarabangsa Belanda iaitu Jeremie Frimpong ke dalam skuadnya.
Selain itu, rekod perpindahan kelab sudah dipecahkan untuk mendapatkan pemain tengah menyerang Jerman, Florian Wirtz. Pemain bek kiri antarabangsa Hungary, Milos Kerkez juga dijangka menyertai Anfield dari Bournemouth tidak lama lagi.






