Sukan

Malaysia berpeluang cipta hatrik, jumpa Thailand final berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024

PASUKAN takraw negara kini memburu gelaran hatrik pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila mara ke pentas final acara regu berpasukan selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Skuad Malaysia meraih mata pertama menerusi trio regu Amirul Zazwan Amir, Haziq Hairul Nizam dan Noraizat Mohd Nordin yang menewaskan gandingan utama lawan, Hendra Pago, Abdul Halim Radjiu dan Jelki Ladada 15-12, 15-9.

Usaha Indonesia untuk bangkit menyamakan kedudukan gagal selepas regu utama negara, dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi dan Azlan Alias menyumbang mata kedua sekali gus mata kemenangan dengan menumpaskan regu kedua lawan 15-8, 15-7.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%