SKUAD Harimau Malaya menunjukkan taringnya membenam Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan F, saingan kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, malam.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Joao Figueiredo pada minit ke-49, diikuti Rodrigo Holgado (59′), La’Vere Corbin Ong (67′) dan Dion Cools (88′).
Kemenangan bergaya ini mengukuhkan Malaysia di kedudukan teratas Kumpulan F dengan enam mata daripada dua perlawanan, tiga mata mengatasi Vietnam.