PENGHIJRAHAN ke bumi Thailand sememangnya mengubah karier bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Willian Lira menjadi lebih positif selepas ramai penyokong di negara itu menyambut baik kehadirannya.
Pemain kelahiran Brazil itu berhasil memikat hati penyokong kelab baharunya, Chonburi FC selepas mempamerkan debut cemerlang bersama pasukan Liga Divisyen Satu Thailand berkenaan.
Dalam perlawanan menentang Trat pada 13 Ogos lalu, Lira membuktikan keupayaannya dengan menyumbat dua gol pada minit ke-54 dan 65 buat Chonburi dan jaringannya itu berhasil memberi satu mata untuk skuad The Sharks.






