PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski tampak semakin mendalami dunia bola sepak tempatan apabila mengambil langkah menghantar anak lelakinya menyertai skuad belia kelab Lembah Klang, FC Kepong bawah 9 tahun (B-9).
Menurut satu hantaran oleh pengguna X iaitu Shariman, sebahagian pemain kelab berkenaan berpeluang bertemu secara langsung dengan jurulatih Harimau Malaya itu dalam suasana penuh mesra.
“Para pemain muda dan Shayra berpeluang bertemu dengan ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski. Anak lelaki Cklamovski telah menyertai pasukan FC Kepong bawah 9 tahun (B-9),” katanya pada hantaran berkenaan.





