MASALAH kewangan yang semakin teruk dalam kalangan kelab bola sepak tempatan menyaksikan terdapat potensi beberapa kelab akan menarik diri.
Kelab-kelab seperti Perak FC, Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC kelihatan dalam ancaman akan meninggalkan Liga Super dan itu nyata meresahkan penyokong.
Hal ini kerana, ketiga-tiga kelab itu mempunyai pengikut yang besar dan pernah meninggalkan legasi dalam sejarah bola sepak negara.






