FUTSAL bukanlah sukan baharu yang perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai susulan ia sudah bertapak di tanah air pada sekitar 90-an dengan menyaksikan pelbagai kejohanan damestik dan antarabangsa telah disertai Malaysia.
Misalnya, skuad futsal Malaysia pernah beraksi di pentas Piala Dunia Futsal 1996, Sepanyol selepas berhasil melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia 1996 zon Asia Tenggara di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, perjalanan skuad kendalian Vic Hermans ketika itu terhenti setakat peringkat kumpulan selepas tewas pada ketiga-tiga perlawanan setelah tunduk 1-10 kepada Itali, 1-4 menentang Uruguay dan tumbang 2-10 pada aksi terakhir bertemu Amerika Syarikat.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.







