SELEPAS mengharungi permulaan Liga Super yang kurang menyakinkan, pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mahukan skuadnya beraksi lebih baik sekali gus menewaskan Terengganu FC pada Rabu.
Beraksi di laman sendiri, Kinoshi tidak mahu skuadnya mencatatkan satu lagi kekalahan sekali gus mencalarkan reputasi baik semasa bermain di hadapan ribuan penyokong Gergasi Merah.
Sebagai rekod, Selangor sudah beraksi sebanyak tiga kali dengan mencatatkan dua kekalahan di tempat lawan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC, selain menewaskan DPMM FC pada aksi di laman sendiri.






