SEHINGGA hari ini, Manchester City masih terasa dengan kehilangan pememang Anugerah Ballon d’Or 2024, Rodri yang mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL) pada September tahun lalu.
Meskipun sudah meletakkan beberapa pemain di posisi berkenaan, skuad The Cityzen boleh dikatakan goyah dengan ketiadaan kualiti pemain Sepanyol itu yang mahir membaca permainan.
Jadi, dengan jendela perpindahan sudah dibuka, Pep Guardiola yang merupakan pengurus kelab pasti berusaha untuk mencari pengganti meskipun perlu membuat pelaburan besar.







