PENGERUSI Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek seperti sudah berputus asa untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA) FC dan kini mula mengalih perhatian terhadap Sabah FC.
Ini selepas usahawan kelahiran Tawau, Sabah itu mengeluarkan kenyataan berbaur sinis yang mengatakan skuad Sang Kenari boleh berdiri sendiri meskipun kini mengalami isu kewangan serius.
“KDA FC masih membisu, hutang RM43 juta bermakna kelab boleh buat duit, cuma masalahnya duit bocor keluar. Bukan pergi ke kelab, tetapi lari ke tempat lain. Terima kasih Sabah FC, keluarkan lah surat tawaran tu segera,” tulisnya.