JOHOR Darul Ta’zim (JDT) memberikan saingan baik apabila mereka turun menentang Shandong Taishan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada Selasa walaupun tewas 0-1.
Bermain dalam cuaca sejuk melampau di China, JDT bagaimana pun memberikan saingan sengit hingga berjaya mendahului menerusi gol Jorge Obregon tetapi dibatalkan kerana ofsaid.
Ia membuatkan keputusan 0-0 kekal buat 45 minit pertama antara kedua-dua kelab.






