SAINGAN Liga Super 2025/26 boleh dikatakan lebih meriah berbanding musim-musim terdahulu apabila penyokong semakin tertarik untuk hadir ke stadium pada hari perlawanan.
Ini kerana setiap pasukan kelihatan cukup bersedia untuk memberi tentangan selepas bertahun-tahun sepi di mata peminat seperti Negeri Sembilan FC dan Kelantan The Real Warriors (TRW) FC.
Sokongan berkenaan diterjemahkan dengan persembahan lebih bertenaga, termasuk dalam kalangan pemain lokal yang mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama meskipun perlu bersaing dengan import berkualiti.







