GELAGAT pemain pertahanan kiri Sepanyol, Marc Cucurella yang selamba membawa trofi Lego Piala Dunia 2026 di dalam bungkusan plastik ketika meninggalkan stadium mencuri perhatian peminat di media sosial.
Menerusi rakaman video yang tular, Cucurella dilihat hanya menggenggam bungkusan plastik putih berisi trofi Lego berkenaan sambil berjalan keluar bersama rakan sepasukan, berbeza dengan pemain lain yang membawa trofi masing-masing menggunakan kotak khas.
Aksi bersahaja pemain berusia 28 tahun itu pantas menjadi bualan netizen, malah ramai menyifatkan ia sebagai antara momen paling mencuit hati selepas Sepanyol muncul juara dunia.





