SELEPAS hampir tiga bulan sepi daripada sebarang perlawanan Liga Super, saingan divisyen pertama Liga Malaysia (Liga M) akhirnya menemui penyokong dengan bermulanya Liga Super.
Selain pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC untuk aksi pertama dan perebutan Piala Sumbangsih, penyokong kelab lain juga menantikan perlawanan sulung pasukan mereka pada musim ini.
Pada Sabtu, 9 Ogos 2025, tiga perlawanan akan berlangsung melibatkan Imigresen FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC, Kuching City FC VS Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC berkunjung ke Brunei untuk berhadapan dengan DPMM FC.








