KEMELUT kewangan dihadapi Kuala Lumpur (KL) City menyaksikan beberapa pemain kelab itu mengambil keputusan mencari majikan baharu pada jendela perpindahan kali ini.
Bek tengah, Irfan Zakaria serta penyerang, Romel Morales merupakan yang terawal berbuat demikian dengan masing-masing menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Malah, khabar angin turut menyebut skuad Warga Kota bakal kehilangan ‘ubi muda’, Haqimi Azim Rosli yang merupakan antara prospek terhangat ketika ini.







