KEMAJUAN yang ditampilkan penyerang Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsudin pada musim ini bukanlah hasil lonjakan mendadak atau detik sensasi, sebaliknya dibina secara berperingkat berlandaskan kepercayaan, kesabaran dan sokongan rakan sepasukan.
Pemain berusia 23 tahun itu menegaskan peningkatan prestasinya hadir perlawanan demi perlawanan, hasil pembelajaran daripada kesilapan serta keyakinan yang diberikan barisan kejurulatihan, khususnya ketua jurulatih Nidzam Jamil.
“Setiap peningkatan datang daripada kepercayaan. Jurulatih memberi saya keyakinan untuk bermain dan rakan sepasukan pula sangat menyokong. Dengan setiap perlawanan, saya belajar daripada kesilapan dan menjadi lebih baik,” katanya.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.







