Sukan

‘Loyalty makes us family’, seperti diduga, keberadaan Tan Cheng Hoe kini diketahui

TEKA-TEKI keberadaan bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe kini menemui jawapannya selepas beliau kelihatan bergambar bersama keluarga Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika meraikan kemenangan ke atas Ulsan Hyundai pada Selasa (5 November).

Skuad kendalian Hector Bidalgio mudah menundukkan pasukan yang dibimbing oleh Kim Pan-gon dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson da Silva di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Menerusi posting dimuat naik oleh platform media sosial JDT, Cheng Hoe yang memakai baju berwarna hitam meraikan kemenangan Harimau Selatan bersama pemilik Harimau Selatan, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh