PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan segelintir pihak yang masih tak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai pasukan baginda.
Kejayaan yang dicapai oleh skuad Harimau Selatan itu masih menimbulkan rasa kurang senang buat segelintir pihak dan ini telah mendapat respon pantas TMJ sendiri.
“Kitalah satu-satunya kelab yang bersaing di kejohanan Asia, patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tengggara dan memberi sumbangan dalam mata AFC MA Ranking,” tulis Tunku Ismail dalam hantaran Instastory pada Rabu. — Majoriti





