SEPANJANG tiga musim beraksi buat Manchester United, nama Antony kerap kali diperkecilkan selepas pemain sayap berkenaan sering melakukan kesilapan di atas padang.
Daripada 96 penampilan dicetak dalam semua pertandingan, penyerang antarabangsa Brazil itu hanya mencetak 12 gol dan lima bantuan jaringan yang tidak mencerminkan £85.5 juta (RM482 juta) dilaburkan untuknya.
Kecewa akan pulangan itu, Antony kemudian memilih untuk menyertai Real Betis di Sepanyol pada jendela perpindahan lalu selepas menghabiskan tempoh semusim pinjaman di sana.






