Sukan

Liverpool kembali menang, Salah kekal panaskan bangku simpanan jika masih tak berubah

LIVERPOOL menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut setelah menundukkan wakil Jerman, Eintracht Frankfurt menerusi keputusan 5-1 di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) awal pagi Khamis.

Selepas ketinggalan pada minit ke-26, anak-anak buah Arne Slot bangkit dengan menjaringkan tiga gol menerusi Hugo Ekitike, Virgil van Dijk serta Ibrahima Konate untuk mendahului sebelum babak pertama berakhir.

Jentera serangan The Reds meneruskan rentak cemerlang pada separuh masa kedua untuk menambah dua lagi jaringan menerusi Cody Gakpo dan Dominik Szoboszlai bagi mengembalikan pasukan ke prestasi terbaik.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh