Sukan

Lepas Josh Brownhill, keluarga ‘ubi muda’ PSV pula kongsi tiada darah Malaysia

SATU persatu pemain yang beraksi di saingan liga Eropah dicanang mempunyai darah dengan Malaysia tampil mendedahkan kebenaran, sekali gus memadam impian penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan pemain gred A mewakili skuad kebangsaan.

Selepas kapten skuad Burnley yang beraksi di Liga Kejuaraan England, Josh Brownhill menjelaskan dirinya hanya berbangsa Inggeris, terbaharu kebenaran mengenai pemain skuad muda PSV Eindhoven iaitu Iggy Houben pula didedahkan.

Menerusi laman penyokong skuad kebangsaan, Harimau Abroad berkongsi tangkap layar media sosial yang difahamkan kepunyaan ibu Iggy mendedahkan bahawa keluarganya tidak mempunyai langsung pertalian darah dengan Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.