PENGAWAL peribadi, Muhammmad Nur Hadith Zaini yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selesai menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Cyberjaya pada Selasa.
Isteri kepada mangsa, Siti Noraida Hassan berkata, suaminya dimasukkan ke bilik bedah sebelum selesai dibedah pada pukul 4.30 petang.
“Dia akan berada di bawah pemerhatian untuk kira-kira lima atau enam hari. Dia juga mungkin perlu menjalani rawatan dialisis buat sementara waktu kerana terdapat kecederaan di limpa.




