KESUKARAN mendapatkan minit permainan regular menyaksikan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick dos Santos meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan baru-baru ini.
Dia memilih untuk menyertai kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC dengan status pinjaman yang turut menyaksikannya menjadi pemain Harimau Malaya pertama beraksi di negara berkenaan.
Impak segera dapat ditampilkan pemain naturalisasi berkenaan apabila pengalamannya dalam arena bola sepak negara mudah diaplikasikan memasuki bulan kedua di sana.






