Sukan

Lepas 17 berpisah, 3 legenda Kedah berkongsi semula satu padang

SETELAH 17 tahun berpisah, tiga legenda bola sepak Kedah yang pernah membentuk era kegemilangan ‘Double Treble’ bakal kembali berkongsi padang dalam aksi persahabatan sempena Piala CT Global Legend Cup 2025 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 10 Oktober ini.

Perlawanan amal itu dijangka menjadi medan penuh nostalgia buat penyokong Hijau Kuning apabila trio import ikonik Cornelus Huggins, Nelson San Martín dan Marlon Alex James kembali bergandingan selepas sekian lama membawa nama Kedah ke puncak kejayaan sekitar 2007 hingga 2008.

Bagi bekas pertahanan kental Kedah iaitu Huggins, kembalinya ke Alor Setar disifatkan seperti pulang ke rumah sendiri susulan bek tengah itu bermain selama lima tahun bersama Kedah. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.