KEUNGGULAN Arif Aiman Hanapi tidak perlu diperkatakan lagi selepas pemain muda kebangsaan tersebut terus memecahkan rekod demi rekod dalam arena bola sepak negara.
Tiga gelaran Anugerah Pemain Paling Berharga (MVP) berturut-turut bermula 2021 sudah cukup untuk menceritakan bakat dimiliki bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
Selain itu, kebolehan tonggak Harimau Malaya berkenaan untuk bersinar dalam perlawanan penting merupakan salah satu aspek utama yang menceritakan kualitinya.