KEMELUT kontroversi yang melanda pasukan Selangor FC dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kebelakangan ini semakin hangat diperkatakan peminat dan pemerhati sukan tanah air.
Ia susulan penarikan diri skuad Gergasi Merah daripada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Mei lalu ekoran kes simbah asid yang melanda pemainnya, Faisal Halim.
Sebelum ini, skuad Gergasi Merah dikenakan empat hukuman, termasuk denda RM100,000, pemotongan tiga mata Liga Super dan larangan kemasukan penonton aksi Liga Super minggu ke-14 berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor nanti.