SABAH FC terpaksa menelan pahit selepas menyaksikan kebangkitan Kelana United yang bangkit menyamakan kedudukan 2-2 dalam perlawanan akhir Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 pada Sabtu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur itu menyaksikan pasukan Sabah melakukan serangan bertali arus ke gawang lawan.
Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh barisan hadapan Sabah itu akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Azzlyeanieh Kinuli selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Zawani Nisha.