KEMENANGAN besar Sri Pahang FC ke atas Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super 2024 baru-baru ini menimbulkan persoalan adakah Tok Gajah sudah bersedia untuk beraksi di final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Walaupun kemenangan 6-0 ke atas Kedah dilihat sebagai pencapaian hebat, ia masih belum mencerminkan persiapan sebenar Sri Pahang untuk berdepan gergasi liga tersebut.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berpendapat bahawa kemenangan besar itu bukanlah penanda aras yang mencukupi untuk memastikan pasukan Tok Gajah sudah cukup bersedia menghadapi JDT di final Piala Malaysia pada 26 April nanti.








