Sukan

Lapangan usia 132 tahun bakal uji 80 pemain terbaik rantau Asia di Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RGSC ke-47

CABARAN cuaca, lapangan golf yang sudah berusia 132 tahun antara ujian getir yang perlu diharungi lebih 80 pemain golf amatur wanita dalam Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Royal Selangor Golf Kelab (RSGC) pada 23 hingga 25 Julai depan.

Dengan jangkaan fenomena La Nina yang bakal melanda negara bulan depan, kekuatan mental dan fizikal para pemain bakal teruji selama tiga hari untuk merebut empat trofi utama kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-47 itu.

Meneruskan edisi sebelumnya, empat kategori akan dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Piala Tuanku Bahiyah (juara gross), Piala Toh Puan Norashikin (juara nett), Piala Datin Azian (juara gross berpasukan) dan Piala Clarissa Lee (juara nett berpasukan).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%