SIAPA kata masjid hanya untuk solat sahaja?
Sebuah masjid di Subang Jaya mengambil pendekatan ‘luar kotak’ apabila membuka pintu buat kaki bola berkumpul menonton perlawanan di skrin besar, sambil meluangkan waktu malam dengan aktiviti qiamullail.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Masjid Al Falah USJ 9 secara terbuka mengalu-alukan kehadiran orang ramai serta komuniti setempat untuk memeriahkan program khas yang dijadualkan berlangsung sepanjang musim kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.





