PASUKAN yang bertanding dalam Piala Dunia 2026 berpeluang meraih hadiah lumayan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut FIFA, negara yang berjaya meraih gelaran juara kejohanan berprestij itu bakal menerima dana tunai berjumlah AS$50 juta (RM235 juta).
Jumlah ini adalah AS$8 juta (RM37.6 juta) lebih tinggi berbanding hadiah yang diterima pasukan Argentina dalam edisi penganjuran Piala Dunia Qatar dua tahun lalu.





