KEMENANGAN selesa 4-0 ke atas Perlis GSA FC di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada Isnin lalu sepatutnya membakar semangat Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam saingan Liga A1 Semi Pro.
Ini kerana selepas mengharungi tiga perlawanan, skuad muda Harimau Selatan terus belum mendapatkan rentak dengan mereka kini di tangga ketujuh dengan hanya enam mata diraih.
Jadi, sekiranya pasukan Selatan tanah air itu mahu terus memberi tekanan kepada kelompok teratas, kemenangan demi kemenangan perlu dicatatkan pada aksi-aksi akan datang.


Feroz (tengah) diraikan sebagai wira perlawanan dalam aksi tersebut. — Facebook/JOHOR Southern Tigers



