PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertahankan keputusan pengadil dalam aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Selasa lalu.
Menurut laporan Stadium Astro, Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, menegaskan prestasi pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, dan pegawai video bantuan pengadi (VAR) menunjukkan prestasi cemerlang dan terpuji.
Menjawab kepada kenyataan Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad sebelum ini: “Keputusan untuk pemberian sepakan penalti pada minit ke-94 dan layangan tiga kad kuning dalam aksi tersebut adalah tepat dan dibuat berpandukan Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan protokol VAR.